BOYCOTT

Tuesday, April 29, 2008 0 comments

Read full post >>

AHLI GIMNAS

0 comments

Read full post >>

MOGOK

0 comments

Read full post >>

TOYOTA CAMRY

0 comments

Read full post >>

CHOT & CHET

Sunday, April 27, 2008 0 comments

GAMBAR

Chot baru lepas tangkap gambar di kedai yang berhampiran dengan
rumahnya.
Sekarang, dia cuma perlu menaiki bas untuk ke Jabatan Imigresen supaya
dia dapat membuat pasport baru untuk dirinya.


Setelah hampir sejam menunggu di perhentian bas, bas pun tiba.
Chot naik dan disebabkan bas itu penuh sesak,
Chot mengambil keputusan untuk
berdiri sahaja sambil tangannya memegang gambar yang baru
diambilnya di kedai tadi.



Tiba-tiba, bas itu brek mengejut. Chot terlepas gambarnya itu lalu
jatuh ke bawah tempat duduk penumpang.
Chot tunduk dan mencari gambarnya itu tadi. Bila dia nampak gambar tadi
berada di bawah tempat duduk seorang penumpang, Chot berkata, "Kak...
Boleh tolong angkat sikit kain yang akak pakai tu tak? Saya nak ambik
gambar..."






KEMIK


Chot baru habis main bolasepak dan berjalan menuju ke kereta. Tiba di
keretanya, Chot dapati ada kesan kemik di sebelah pintu pemandu
keretanya seperti terkena bolasepak.


Keesokkan harinya, Chot membawa kereta itu ke woksyop. Mekanik di
woksyop tu yang sememangnya tahu akan ke'bendul'an Chot, .
cuba nak mempermainkan
Chot. Dia memberitahu, sekiranya Chot meniup melalui lubang ekzos
keretanya itu... pintu yang kemik itu akan kembung kembali dan
keretanya akan kelihatan seperti sediakala.


Maka, Chot pun pulang ke rumah dan mula meniup melalui lubang ekzos
keretanya itu. Tiada apa-apa yang berlaku. Chot meniup dengan lebih
kuat lagi namun tetap juga tiada apa-apa yang berlaku.


Teman serumahnya, Chet... keluar dan bertanya, "Apa hang buat tu?" Chot
menjelaskan kepada Chet bagaimana mekanik di woksyop tadi telah
mengarahkannya untuk meniup melalui ekzos kereta supaya kemikan di
pintu keretanya akan kembung semula.


Chet menggeleng-gelengkan kepala, ketawa berdekah-dekah sambil berkata,
"HELLLLO!! Awat la hang ni mangkuk sangat? Hang kena tutup semua cermin
tingkap kereta ni dulu!"





BUKU TEPON


Chot merempuh masuk ke satu perpustakaan awam dan meluru ke meja
pendaftaran.
"Saya nak buat aduan! Saya nak komplen!" jerkah Chot.
"Ada apa, encik?" tanya pustakawan bertugas.
"Saya ada pinjam satu buku cerita dari sini minggu lepas dan ianya
sungguh
mendukacitakan!" kata Chot.
"Apa masalahnya?" tanya pustakawan itu lagi.
"Banyak sangat watak dalam buku cerita tu dan saya tak paham langsung
apa yang cuba buku tu kisahkan. Tak ada jalan cerita langsung!"


Pustakawan tersebut berkata, "Ahh... jadi, encik ni la yang ambil buku
panduan telepon kami yang dah hilang dekat seminggu tu!"





MASA


Chot: "Chet, skrang dah pukui brapa?"
Chet: "3:15 petang."
Chot: (dgn mimik muka kehairanan) "Aku pelik lar, awat sumer orang nak
menipu dengan aku ari nih?"
Chet: "Awat lak? Bila lak aku tipu hang?"
Chot: "Sepanjang ari aku dok tanya masa kat orang, dan sepanjang ari
jugak la aku dapat jawapan yang berbeza.
Tak dak sorang pun yang bagi jawapan yang sama..."

Read full post >>

Topup tahan lama

Friday, April 25, 2008 0 comments



Org kata pkai line lg save drp prepaid..tp korg msti trperanjat dgn ape yg bakal aku citerkan ni..
top-pup RM 10 tp blh tahan smpi 1 bulan tak kira la klau korg brgayut brape lama skalipun,hantar brape juta sms skalipun..

mgkin rezeki aku aritu,pg la jmpa makcik bau2 bacang ngn aku, dia ajr camne nk crossing account, coz dia keje kt bhgn System Development Telecom.

kekadag aku tlg gak memenber trdekat topup, tp amik untung sket aar..


Ok, secara simplenya aku terangkan kat korg, tp INGAT JGN BUAT LBIH DR 3 KALI untuk 1 nombor , coz system akan auto detect & batalkan no korg.

timing nya, korg blh topup pertengahan ujung bulan between 25 hb keatas dlm kul 3am ke ats.
coz dlm tempoh ni, system akan di selenggara, so ada loopholes. kene try&error.

1) beli topup RM 10...gesek & ready.
2)korg type <**REC 10 > , then send to 09901
3) tgu reply, kat skrin akn kuar satu serial number 6 digit, korg salin tau.
4)pastu korg type <**REC 10> <123456> msuk kan 6 digit td, send 09902
5)pastu diorag akn reply "insert ur topup num", so korg type 14 digit topup number yg korg beli cntohnya ;
<01234567891023> send to 09903
6)tak lama pastu diorg akn reply ;

>> "tengkorak kau berjambul.. ingat ni company opah kau yg punya? msuk toilet pun kene byr 20sen, ni kau nk topup 10 hengget nk pkai seumur idup plak!! bnyk cantik muka kau"<<

hah.. tu aar, aku pun tak sngka diorg akn reply mcm tu..
kecik ati aku..
kdg2 diorg reply lebih 'kesat' drp di atas dlm pelbagai bahasa, bleh menitik air mata beb..

dah la, penat plak menipu nih..

p sambung buat keje..

slmt maju jaya..


Read full post >>

Irsyadee feat. Hafiz Hamidun - Taubat Seorang Hamba

Friday, April 18, 2008 0 comments

Read full post >>

Diari YB: Tok Guru Nik Aziz Nik Mat

Thursday, April 17, 2008 0 comments

Read full post >>

Are you tensed ?

0 comments

Read full post >>

MPV KELUARAN PROTON YG TERBARU.

Tuesday, April 15, 2008 0 comments


Read full post >>

DALAM PERUT ARNAB ADA PEN [18SG]

Sunday, April 13, 2008 0 comments

Read full post >>

Budak Kena Culik Lagi!!! Sian Betul [18SG]

Thursday, April 10, 2008 0 comments




Read full post >>

Busy !!!

0 comments

Read full post >>

Tentukan Favourite Anda

Wednesday, April 9, 2008 0 comments

Tentukan Favourite Anda. Sangat Jujur!!
Kalau tak caye try Banyak2 Kali !!

Pilih 1 Angka dari 1-9.
Then darab 3, Tambah 3, & darab 3.
Then tambah kedua2 Angka.
Tengok Idol Anda..

1 Ungu
2 dato' M Daud Kilau
3 Wings
4 Mat Over
5 Dafi Baik Punye
6 Mawi World
7 Mila Bila Cinta
8 Adam
9 Shahrul Hensem
10 Zaiton Sameon

Thanks 4 Ur
Support! :p

Read full post >>

Tanda si DIA poket kering...

Tuesday, April 8, 2008 0 comments

Artikel ini telah disampaikan oleh saudara muhammad asri.
TIADA ribut dan angin, sikapnya tiba-tiba menjadi berubah. Daripada seorang periang terus menjadi pendiam. Apa yang cuba dilakukannya hanyalah ingin menemani kamu, mengajak menikmati makan malam di gerai murah, lebih gemar mendiamkan diri dan tidak lagi bergayut panjang melalui telefon bimbit.
Persoalannya, "Adakah si dia sudah poket kering, tetapi malu untuk memberitahu" atau "apa yang harus aku lakukan sekiranya dia langsung tidak mahu berterus-terang?"
Bagi lelaki, perkara paling sensitif dalam hidup mereka apabila disentuh soal kewangan. Jadi, mereka tidak akan sesekali memberitahu kepada kamu tentang masalah berkaitan wang ringgit.
Sebagai kekasih, kamu seharusnya memahami situasi yang dihadapi dan jangan menambahkan lagi kekusutan difikirannya.
Intim minggu ini berkongsi tip di saat si dia berhadapan dengan masalah melibatkan kewangan. Kamu perlu bertindak membantunya sekiranya si dia memperlihatkan tanda-tanda seperti berikut:
Menghabiskan masa di rumah
Setiap kali tibanya hujung minggu, si dia lebih gemar menghabiskan masa bersama ahli keluarganya di rumah daripada keluar bersama kamu.
"Daripada keluar tidak berduit, lebih baik aku menghabiskan waktu untuk tidur dan bersantai di rumah." Keputusan yang dibuatnya itu atas alasan ingin bebas daripada beban kewangan.
Menonton DVD sebagai hobi
Saat si dia poket kering, menonton DVD di rumah lebih memberi keuntungan daripada keluar bersiar-siar atau menonton wayang.
Alasannya: "Hanya perlu menonton beberapa keping DVD sambil menikmati makanan ringan, ringkas dan praktis."
Makan di gerai murah
Sebelum ini, si dia sering mengajak kamu menikmati hidangan di restoran-restoran eksklusif dan mewah. Tetapi kali ini, dia mengambil keputusan membawa kamu ke gerai murah.
Pulang awal
Selepas menjemput kamu dari pejabat, dia terus membawa kamu pulang ke rumah. Padahal, kebiasaannya si dia selalu membawa kamu keluar makan bersama.
Alasannya: "Sebenarnya, memang saya berhajat untuk membawa kamu keluar bersama, disebabkan badan terasa lemah, apa kata kita pulang saja."
Tiada hadiah ulang tahun
Selama ini, si dia tidak pernah ketinggalan memberi hadiah menjelang ulang tahun kamu berdua atau menjelang hari-hari istimewa. Tetapi kali ini, si dia hanya memberikan ucapan tanpa pemberian sebarang hadiah.
Alasannya: "Saya belum menemui sebarang hadiah yang sesuai buat kamu, sabar ya…"
Hindari ajakan ke pusat beli-belah
Si dia kelihatan tidak tenang apabila kamu mengajaknya ke pusat beli-belah. Mungkin si dia takut apabila kamu menyuruhnya membelikan sesuatu untuk kamu.
Alasannya: "Lain kali sahajalah kita pergi."
Destinasi legenda jadi pilihan
Tidak seperti biasa, si dia mengajak kamu mengunjungi ke tempat-tempat peninggalan sejarah lampau seperti muzium mahupun zoo.
Alasannya: "Ia merupakan destinasi yang aman dan tenang untuk kita berdua."
Hanya menemani
"Maaf, saya sudahpun menikmati hidangan di rumah, saya teman kamu saja ya?" Itulah jawapannya ketika kamu mengajaknya makan di luar. Dengan kata 'menemani', ia bererti tiada keperluan untuknya membelanja kamu.
SMS sahaja
Kebiasaannya, setiap saat dan minit si dia rajin menelefon kamu, tetapi kali ini dia lebih gemar menghantar mesej menerusi khidmat pesanan ringkas atau SMS.
Alasannya: "Apa kata kita SMS sahaja, pasti lebih murah dan berbaloi."
Kereta rosak
Tanpa kamu bertanya, si dia menceritakan soal berkaitan keretanya yang kian meragam. "Selalunya ok, tetapi hari ini saya terdengar suatu bunyi pada enjin, takutnya… kenapa nih."
Begitulah alasannya. Si dia mungkin sukar berterus-terang kepada kamu tentang masalah kewangannya dan dia mengharapkan kamu faham keadaan itu melalui perubahan tingkah lakunya

Read full post >>

10 hadiah utama yang sering dilupai untuk ORANG TERSAYANG..

0 comments

Ini ialah senarai 10 hadiah yang paling senang dan sesuai diberikan kepada sesiapa sahaja yang kita kasihi ~ ibu, bapa, suami, isteri, saudara-mara, anak dan sebagainya. Contoh di bawah ini lebih menjurus kepada hubungan lelaki-wanita, sila ubahsuai jika ditujukan kepada orang lain. Pilihlah satu atau pun semua.
1. Hadiah Mendengar: Berikan hadiah ini kepada yang memerlukan, dan kamu hendaklah benar-benar mendengar apa yang dikatakan. Jangan mencelah, jangan berangan-angan dan jangan merancang bagaimana kamu hendak membalas.
2. Hadiah Tanda Kasih: Jangan kedekut memberikan pelukan, ciuman dan ramasan tangan. Biarkan tanda-tanda kecil ini tunjukkan kasih dan sayang yang ada di dalam diri kamu.
3. Hadiah Sehelai Nota: Ia mungkin ringkas seperti "Sayang Awak" atau sesuatu yang kreatif seperti sebuah puisi. Letakkan nota-nota ini di tempat yang tidak disangka oleh orang yang dikasihi.
4. Hadiah Ketawa: Berikan sesuatu yang melucukan seperti gambar kartun atau artikel. Mesejnya ialah, "Saya suka ketawa bersama awak."
5. Hadiah Puji-Pujian: Sesuatu yang simple seperti "Warna biru memang ngam dengan awak" atau "Sedap masakan awak" mempunyai nilai yang tinggi kepada orang yang mungkin merasa dia
6. Hadiah Bantuan: Tolong basuh pinggan mangkuk, buang sampah, jaga anak, dll.
7. Hadiah Bersendirian: Adaketika kita hanya mahu bersendiri. Peka kepada saat-saat itu dan berilah masa dan ruang untuk dia bersendiri.
8. Hadiah Keceriaan: Cubasedaya upaya supaya kita sentiasa ceria apabila bersama orang-orang yang dikasihi.
9. Hadiah Riadah: Sertai sesuatu sukan/aktiviti yang disukai oleh orang yang dikasihi. Kalah pun tak apa, kamu masih menang.
10. Hadiah Doa: Selalu berdoa untuk kesejahteraan orang-orang yang dikasihi dan beritahu mereka yang mereka setiasa berada di dalam doa kita.

Read full post >>

Langkah Keselamatan Ketika Kilat Serta Ribut Petir

Friday, April 4, 2008 0 comments

1. Kilat berlaku sebelum, semasa dan selepas hujan.
2. Ambil langkah keselamatan apabila kilat berlaku 6 batu ( 9.6 km) dari tempat kita berada. Untuk mengira jarak kilat gunakan teknik "Flash to Bang" ( Kilat ke Guruh).
Kiraan 5 saat dari masa kilat kelihatan dan guruh kedengaran ialah jarak 1 batu. ( 10 saat = 2 batu , 20 saat = 4 batu , 30 saat = 6 batu ).
Sekiranya tempoh antara kilat dan guruh ialah kurang daripada 30 saat , langkah keselamatan berikut hendaklah diambil.
3. Hanya selepas 30 minit selepas kejadian kilat serta ribut petir barulah boleh dianggap selamat.



A. LANGKAH KESELAMATAN APABILA BERADA DI DALAM BANGUNAN

1. Matikan semua peralatan elektrik dan tanggalkan plug dari soket dinding jika perlu.

2. JANGAN gunakan talipon talian rumah/pejabat gunakan talipon bimbit jika perlu sahaja

3. Jangan duduk berhampiran pintu dan tingkap yang menghadap luar rumah.

4. Elakkan berada di bilik air atau paip air yang diperbuat daripada besi.



B. LANGKAH KESELAMATAN APABILA BERADA DI LUAR RUMAH

1. Cari perlindungan di bangunan besar seperti kedai, pejabat dan rumah yang mempunyai besi penahan kilat (lightning arrestor).

2. Jika tidak cari perlindungan dalam kereta, van, lori dimana semua tingkap ditutup rapat.

3. Jika tiada berlindung dikawasan rendah yang tiada objek logam seperti dalam parit, longkang, tanah berlekuk dan sebagainya.

4. Boleh mencari perlindungan di kawasan hutan tebal yang dikelilingi pokok-pokok yang banyak serta sama tingginya.

5. APABILA berada dalam kumpulan PASTIKAN jarak anda dengan rakan anda yang lain antara 15 kaki ke 20 kaki.

6. DUDUK dalam keadaan menyangkung, kaki dirapatkan dan letak tangan pada telinga.

7. JANGAN berlindung di Pondok Talipon, Pondok Bas, Bangsal, Khemah, Di Bawah Pokok.

8. JANGAN berada di Kawasan Lapang, Padang Bola, Padang Golf.

9. JANGAN berada di Kawasan Berair seperti Tasik, Sungai, Paya, Kolam Mandi, Taman Tema Air dan sebagainya
.
10. JANGAN berada di tanah tinggi, Gunung dan Bukit.

11. JANGAN berada di tempat yang ada dua unsur seperti Batu dengan Tanah, Air dengan Darat, Pokok dan Tanah.

12. JANGAN berada di tempat berhampiran logam seperti Pagar, Tiang Talipon, Tiang Elektrik.

13. APABILA berada dalam bot di atas air dan anda tidak sempat ke daratan pastikan anda DUDUK rendah ditengah bot, JANGAN letakkan tangan dan kaki anda ke dalam air.

Read full post >>