Resipi Kuih Siput
Tuesday, September 23, 2008 Labels: resipi, Wanita 0 comments- (1 kg tepung gandum)
- (2 senduk majerin)
- (1 cawan ikan bilis)
- 1 cawan santan (tak terlalu pekat)
- (2 labu bawang besar)
- (2 labu bawang putih)
- (1 peket-50 sen lada hitam)
- (RM1.00 cili merah)
- (24 Pelepah daun kari)
- garam & ajinamoto secukup rasa
- 2 peket-50 sen jintan halus
- 2 peket-50 sen jintan kasar
Cara-cara
- Gaul tepung gandum dgn margerin hingga rata.
- Ikan bilis,bawang merah, jintan manis, jintan putih, lada hitam, cili merah, daun kari, garam, ajinamoto di kisar bersama santan.....
- masukkan sedikit demi sedikit ke dalam tepung yg telah digaul dgn margerin tadi hingga membentuk doh lembut....
- tekan dgn acuan..pastu gorenglah...nak wangi goreng dgn daun kari
P. Ramlee - Dendang Perantau
Labels: Artis, Lagu, MP3, Selebriti 0 commentsTerkenang daku kepada si dia
Kampungku indah nun jauh di sana
Ayah serta bondaku
Di tepian mandi
Danauku hijau yang aman damai selalu
Nun di sanalah tempat aku bertemu
Aku dan dia
( korus )
Apakan daya Masa tak akan kembali
Hancur musnahlah semuanya
Impian yang murni
Tinggal menjadi kenang-kenanganku
Hanya rangkaian kata dan lagu
Dendang perantau
( ulang korus hingga akhir )
DOWNLOAD
Dafi - Adinda
Labels: Artis, Lagu, MP3, Selebriti 0 commentsKerana adinda istimewa
Cuma bilang saja
Semua yang diminta akan terlaksana
Kerana adinda istimewa
Tiada sukar bagiku
Selagi nyawa ini mampu berbakti padamu
Tahu tak kekanda selalu dilanda
Kesunyian apabila adinda tak bersama?
Ku bagaikan lagu
Tak berkata…
Tiada erti bermakna…
Kerana adinda istimewa
Cuma bilang saja
Semua yang diminta akan terlaksana untuk adinda
Aishah - Melukut Di Tepian Gantang (ost Seputih Qaseh Ramadhan)
Thursday, September 18, 2008 Labels: Lagu, MP3 0 commentsDudukku termenung sorang diri
Di jendela sepi
Hingga dinihari
Ku menantikan kepulanganmu
Namunkah hanya sekadar
Tinggal kata-kata
Bagaikan melukut di tepi gantang
Begitulah aku
Di dalam hidupmu
Ada tiada tak memberi kesan
Hanya aku menanggung
Kerinduan / kepiluan(kali ke-2)..
Dulu pernah kau katakan
Sayang..
Ingin mendengarku berlagu riang..
Menawar duka laraku
Lupakan saja..
Derita yang berlalu
Tapi mengapa dirimu, kasih..
Ibarat lalang ditiup angin
Kasihmu diracun
oleh kata fitnah
penuh hina
Hingga kini kau biarkan saja..
Diriku menanggung sepi
Dengan irama dukaku
Yang tak bermakna
bagimu…
DOWNLOAD
Bina Peribadi Waktu Makan
Wednesday, September 10, 2008 Labels: Motivasi 0 comments
Pakar motivasi bebas Ustaz Sobri Abd. Rani menyarankan agar ibu
bapa menjadikan waktu makan sekeluarga sebagai waktu untuk
membetulkan kehidupan atau membina peribadi anak-anak. Kerana waktu
makan adalah program bersahaja yang besar impaknya dalam hidup.
Antara didikan yang boleh diterapkan kepada anak-anak pada waktu
makan:
1. Tunggu orang yang paling tua
"Kalau ada ayah, suapan pertama hendaklah dimulakan oleh ayah. Kalau
tidak ada ayah, emak dulu. Rahsia di sebaliknya, bila dikekalkan
begitu selama tiga bulan, akan tumbuh di hati anak rasa hormat
kepada yang lebih tua walaupun di luar pandangan kita. Jadi kalau
kita hendak tahu macam mana anak kita di luar pandangan kita, tengok
waktu makan."
2. Baca bismalah dan guna tangan kanan
"Anak kita tidak akan sanggup untuk memasukkan makanan ke mulut atau
memegang sesuatu yang bukan haknya. Yang biasa dia ambil masuk ke
mulut dengan nama Allah dan biasa memegang yang halal dengan tangan
kanan. Melalui amalan yang mudah ini, roh kita dimonitor oleh
syariat. Amalan ini tak perlu pada tenaga dan wang ringgit yang
banyak tapi perlu pada kesabaran dan istiqamah."
3. Ambil lauk terdekat dulu
"Bagi cubitan lauk yang pertama, ambil yang paling dekat. Kenapa?
Melatih sabar. Kali kedua jika hendak ambil yang jauh tak mengapa,
itu dikira usaha ikhtiar untuk dapat yang lebih baik. Ia
mempengaruhi corak kehidupan dan corak kita bekerja.
"Kalau ayah atau ibu hendak membina sifat penyayang, ambil lauk yang
pertama letak di pinggan anak. Memang anak akan rasa lain. Kalau dia
tak mahu lauk itu tak mengapa tapi kita memberi tu yang mustahak.
Kalau kita buat macam itu, dia juga akan jadi macam itu pada orang
lain. Kita sudah bina masyarakat penyayang di dalam rumah kita.
Malah untuk latih anak cinta pada saudaranya yang lain, itulah
waktunya."
4. Kawal suapan
"Bila ambil makanan untuk suap ke mulut, jangan diangkat suapan
seterusnya selagi di dalam mulut itu belum ditelan. Sesudah ditelan,
baru angkat suapan seterusnya masuk ke mulut. Untuk apa? Melatih
jangan tamak dan bersifat qanaah ? mencukupi apa yang ada. Atau
lebih tepat, melatih syukur terhadap apa yang Allah kurniakan."
Ustaz Sobri berkata, "Perkara ini kalau dilatih betul-betul, ia
akan menumbuhkan sifat-sifat mulia di dalam diri. Sebab makan adalah
perkara yang kita benar-benar buat dengan hati, sebab itu ia
mempengaruhi roh."
8 Perkara Dalam Perkahwinan
0 comments1. BERKAHWIN TAK BERMAKNA ANDA TIDAK AKAN KESEORANGAN LAGI
Dalam perkahwinan, sudah menjadi lumrah andai adanya pertikaian.. Andai ada tidak bijak mengatasinya, tak mustahil ianya akan berterusan. Dan…tidak mustahil juga anda akan keseorangan lagi…
2. BERKAHWIN TIDAK BERMAKNA ANDA AKAN MENYINTAI DAN DICINTAI SETIAP HARI
Kebahagian dalam perkahwinan bukanlah perkara mudah untuk di capai. Pasti ada masalah yang akan timbul. Ada masalah besar dan ada masalah kecil. Kadang kala anda sudah merasa diri tidak di cintai lagi. Jadi amat penting bagi mengucapkan perasaan cinta pada pasangan.
3. ANDA MASIH PERLU MENGHANGATKAN PERASAAN
Untuk mengelakkan suasana hambar, anda masih perlu untuk menghangatkannnya. Terapkan suasana romantik apabila bersama.. Contohnya seperti mengucapkan sayang pada pasangan, memeluk antara satu sama lain, dan bercerita sesuatu sebelum melelapkan mata dan so on…
4. LAZIMNYA SALAH SEORANG AKAN LEBIH BANYAK BERKORBAN
Jarang ade pasangan yang adil dalam pembahagian tanggunjawab. Kadang kala, suami lebih. Namun kebiasaannya, isteri lah yang akan lebih banyak berkorban.
5. PASANGAN ANDA AKAN BERUBAH SETIAP MASA
Anda harus menerima kenyataan bahawa masing-masing akan berubah mengikut masa. Kadangkala dari segi perangai, rupa paras, bentuk badan, hobi, dan macam-macam lagi. Namun, walau apapun perubahan itu, anda haruslah menerima dengan hati yang terbuka seperti mana anda menerimanya suatu ketika dahulu..
6. ANDA TIDAK SEMESTINYA BERSETUJU DALAM SEMUA PERKARA
Terimalah hakikat bahawa masing-masing ada keinginan yang berbeza. Yang penting sikap tolak ansur dengan pasangan.
7. SEMAKIN LAMA BERKAHWIN SEMAKIN BAHAGIA
Pasangan yang memahami kehendak masing-masing dan bertolak ansur, lazimnya mereka akan berjaya melawan badai dan arus yg melanda rumah tangga. Mereka inilah yang berjaya menikmati kemanisan dalam rumahtangga. Sememangnya pasangan ini adalah “soulmate” masing-masing.
8. HUBUNGAN SEKS ADA TURUN NAIKNYA
Kadang kala sangat berkesan dan kadang kala tidak memberangsangkan. Masing-masing harus menerima bahawa ianya bergantung kepada “mood” dan keadaan sekeliling.
Read full post >>







