KTMB tawar tambang RM1 KL-Ipoh

Wednesday, December 3, 2008 2 comments

IPOH 1 Dis. - Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menawarkan promosi tambang RM1 untuk perjalanan sehala perkhidmatan kereta api Kuala Lumpur-Ipoh dan Ipoh- Kuala Lumpur mulai hari ini sehingga 31 Disember ini.

Pengurus Pemasarannya, Mohd. Noordin Kimi berkata, tambang murah itu merupakan promosi KTMB sempena tempoh percubaan perkhidmatan kereta api bagi laluan tersebut.

Promosi itu terhad kepada 400 tiket sehari dan untuk penumpang kelas ekonomi sahaja.

''Seratus 100 tiket pada harga RM1 disediakan untuk setiap perjalanan pertama pada pukul 5 pagi dan perjalanan terakhir pada pukul 9 malam dari kedua-dua arah.

''Hanya pengguna yang membeli tiket di kaunter Stesen Keretapi Ipoh dan Stesen Kuala Lumpur Sentral layak mendapat tawaran tambang RM1 ini dan tempahan tidak dibenarkan," kata Mohd. Noordin kepada pemberita selepas mengiringi kira-kira 180 ahli rombongan tajaan KTMB dan Bank Simpanan Nasional (BSN) menaiki kereta api dari Kuala Lumpur ke sini.

Menurut Mohd. Noordin, walaupun perkhidmatan kereta api untuk laluan Kuala Lumpur-Ipoh baru bermula hari ini, sambutan yang diterima daripada orang ramai sangat hebat dan di luar jangkaan.

Read full post >>